PROGRAM RELEASE TENTION

Tuesday, July 20, 2010

Refleksi Menjelang UPSR

3 Bulan Sebelum UPSR 2010
1. Menjaga pemakanan: Mengambil makanan yang boleh membantu menambahkan oksigen ke otak. Makanan yang berkhasiat seperti kismis perlu di amalkan. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

2. Menjaga kesihatan fizikal: Menghindari daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan. Menjalankan aktiviti tanpa mengira cuaca dan tenaga yang digunakan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motosikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan cuaca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Meningkatkan amalan kerohanian. Menjaga Hubungan: Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang dilakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan. Merendah diri. Melaksanakan solat hajat agar situasi psikologi seseorang lebih tenang dan yakin.

4. Meningkatkan hubungan dengan guru dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Meminta nasihat mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

5. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri. Jika aspek ini diabaikan kemungkinan akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan Peperiksaan

Saya akan memulakan perubahan pada diri saya mulai esok…………

No comments:

Post a Comment