PROGRAM RELEASE TENTION

Friday, September 17, 2010

selamat menempuh peperiksaan upsr


PROGRAM MAJLIS BACAAN YAASIN, SOLAT HAJAT DAN TAHLIL ARWAH PERDANA 2010


tarikh: 17 September 2010

tempat: Dewan SK Astana Raja

masa : 4.00 ptg

kehadiran : lebih kurang 100 orang

Monday, August 30, 2010

UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6

SELAMAT MENGHADAPI UPSR!

SEMOGA KALIAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA,
AGAR DAPAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN SENANG.
GIGIHLAH BERUSAHA.
JAGA IBADAH, KHUSUSNYA SOLAT DAN PUASA.
HORMATI SEMUA ORANG, KHUSUSNYA IBU BAPA & GURU.
BAHAGIKAN MASA YANG TERANCANG DALAM MENGULANGKAJI PELAJARAN.
PASTIKAN REHAT YANG MENCUKUPI, AGAR MENTAL DAN FIZIKAL BENAR-BENAR RELAKS DAN BERSEDIA UNTUK MENJALANI UPSR.
DIDOAKAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA SEMUA..
Amiin..

KEPADA WARGA SKAR.......
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Monday, August 16, 2010

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR BUAT PEJUANG-PEJUANG SKAR

1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2. Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembabkan minda.

6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.

8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.

22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

buat anak-anak muridku di tahun 6

SATU CABARAN UNTUK ANDA!!!

FIKIRKAN BOLEH

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh
Kau Hampir Boleh Melakukan
Jika Kau Fikirkan Ragu-Ragu
Usahamu Tidak Menentu

Jika Kau Fikirkan Kekalahan
Kau Hampiri Kegagalan
Jika Kau Fikirkan Kemenangan
Kau Hampiri Kejayaan

Engkaulah Apa Kau Fikirkan
Terkandung Dalam Pemikiran
Berfikir Boleh Melakukan
Fikirkan Boleh

Percaya Apa Kau Lakukan
Tabah Apa Kau Usahakan
Bertindak Atas Kemampuan
Engkau Boleh

TAZKIRAH RAMADHAN 3

Lailatul Qadr


Allah Ta 'ala berfirman :"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5),

Dalam hadits shahih Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda :"Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih)
Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

TAZKIRAH RAMADHAN 2

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

TAZKIRAH RAMADHAN

Antara hikmah dan faedah puasa yang mungkin dapat dirumuskan ialah puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum namun perasaan yang menyedari dirinya berpuasa menghalang keinginan tersebut kerana dia melaksanakan perintah Allah. Dalam menghadapi pertentangan ini, hatinya sedar akan pemerhatian Allah terhadapnya, lantas mengingati ketuhanan Allah dan keagungan kekuasaan-Nya di samping sentiasa menyedari bahawa dirinya hamba yang tunduk patuh kepada hukum Allah dan menurut segala kehendak-Nya.

PROGRAM RELEASE TENTION PELAJAR TAHUN 6


PROGRAM RELEASE TENTION PELAJAR TAHUN 6 SK ASTANA RAJA
ANJURAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN JK KECEMERLANGAN UPSR SK ASTANA RAJA


Konsep pengkayaan kreativiti Program Release Tention UPSR ini ialah menyediakan aktiviti pengkayaan untuk pelajar-pelajar Tahun 6 bagi mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dalam menghadapi UPSR. Beberapa stesen dibentuk dan pada setiap stesen dinyatakan aktivitinya, antaranya ialah penyelesaian masalah matematik, permainan sukaneka dan menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pelajar akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen dan menjalankan tugasan yang perlu mereka lakukan. Pelajar perlu memikirkan cara penyelesaian masalah itu dengan lebih cepat dan tepat.

Program ini membuka peluang kepada murid dengan aktiviti-aktiviti yang mencungkil kreativiti dan belajar dengan menggunakan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran diadakan dalam bentuk stesen, murid mempelajari sesuatu kemahiran melalui proses pembelajaran kendiri di dalam kumpulan. Dengan itu murid belajar atas inisiatif sendiri dalam merancang dan melaksanakan proses pembelajaran ini. Mereka akan berusaha mencapai matlamat pembelajaran mereka dengan menggunakan peluang-peluang yang terdapat di dalam dan di luar bilik darjah, guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor. Dengan kata lain murid diberi autonomi dalam menjalankan aktiviti.

INOPSIS PROGRAM

v Program ini dikenali sebagai Program ‘JEJAK 5 A ’ yang dijalankan selama sehari (dari pagi hingga tengah hari).
v Program ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Program Motivasi dan Permainan Kreatif.
v Pembahagian ahli kumpulan - campuran pelbagai pencapaian dan jantina.
v Semua aktiviti akan dinilai dan berbentuk pertandingan.
v Pembelajaran merentas kurikulum & pelbagai kemahiran.
v Aktiviti dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah (di padang).
OBJEKTIF PROGRAM

v Membantu individu berbakat memperkembangkan potensi tertingginya.
v Menyediakan masyarakat dengan profesional berpendidikan yang boleh menjadi pemimpin dan menyelesaikan masalah secara kreatif.
v Membangunkan kesedaran diri dan kefahaman tentang kebolehan, minat, keperluan; menghargai perbezaan individu, hubungan dengan pelajar yang lain.
v Meningkatkan motivasi terhadap pemikiran & kerja termasuk pemikiran independent & self-directed & peningkatan motivasi berterusan dalam pencapaian (aspirasi pendidikan & kerjaya tinggi).
v Kesemua aktiviti pengayaan (enrichment) & jalan pintas (acceleration) haruslah dirancang dengan mengambil kira objektif-objektif seperti di atas.

ANJURAN
Unit Bimbingan Kaunseling dan JK Kecemerlangan UPSR SK Astana Raja


TEMPAT
Replika Istana Raja Melewar, Astana Raja dan Perpustakaan Desa Astana Raja.


TARIKH
6 Ogos 2010 ( Jumaat)

PROGRAM UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING


KURSUS MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR TAHAP 2 SK ASTANA RAJA
ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA AGAMA ISLAM SK ASTANA RAJA SERTA JK SURAU AIR MELINTANG


Tarikh : 31 Julai 2010

Hari : Sabtu

Lokasi : SK Astana Raja

Kumpulan Sasaran : Semua murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 )

Fasilitator
1. En. Mohd. Tawil bin Husin – BTN Hutan Percha, Melaka
2. En. Ramli b Ghani – UiTM Lendu, Melaka
3. Tn. Hj Ishak b Zakaria – Guru Takmir Kota
4. Pn. Asma bt Harun – Pendakwah Bebas

Objektif Program
1. Meningkatkan tahap disiplin diri / jati diri para peserta.
2. Meningkatkan tahap penumpuan peserta-peserta terhadap pelajaran.
3. Meningkatkan tahap muhasabah diri peserta-peserta.
4. Meningkatkan kefahaman peserta-peserta terhadap agama.

Monday, July 26, 2010

CIRI-CIRI PELAJAR GAGAL

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

1. Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan.
2. Tidak bermotivasi.
3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Ciri-ciri pelajar tersebut antara lain adalah seperti berikut:
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

TAZKIRAH

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah anda melihat kubur? Pernahkah anda melihat gelapnya kubur?Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? Sedarkah anda bahawa kubur itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?" Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

TAKZIRAH DI BULAN SYAABAN

NISFU SYA'BAN

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA HARI SELASA INI ( 27 JULAI 2010) KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

Sunday, July 25, 2010

UNTUK PEDOMAN DIRI DAN KELUARGA

ILMU MEMAGAR DIRI DAN RUMAH DR ANCAMAN SYIHIR

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkandari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapihanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.Waktunya..Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diridan hari jumaat bagi memagar rumah.Caranya.1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana AllahTaala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buatberasingan).3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayatkursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasamembaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satutembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembalinafas dengan perlahan-lahan.4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawatembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuksebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksadilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empatpersegi yang sempurna.5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk ygafdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untukkeselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja padaAllah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkanmemagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayatkursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikutilangkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmumemagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yglepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri ygmemasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi makadisyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu.Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkandengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak ygmasih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmuini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan( dengankeizinan allah).Memagar Rumah Dari PencuriSatu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membacaayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapanrumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayatkursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamatdi hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruhpintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri,kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintuutama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehinggahujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.Wallahualam. ..

Friday, July 23, 2010

PETUA MEMIKAT HATI GURU

BAGAIMANA MEMIKAT HATI GURU OLEH PAKAR MOTIVASI OSMAN AFFAN

Petua pertama adalah petua yang paling penting. Untuk memikat hati guru anda, anda perlu belajar dalam keadaan ‘Gelas yang kosong‘. Apakah maksud saya ini?
Belajar dalam keadaan gelas yang kosong ialah anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej, universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas yang penuh. Ini bermaksud, mereka rasa mereka tahu banyak perkara berbanding kawan-kawan sebaya mereka malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru mereka.
Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang penuh? Ya….. air yang dituang itu akan tumpah. Malah, air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut mengalir keluar. Jika anda tidak percaya, cuba isikan air sirap kedalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air masak ke dalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah keluar. Lama-kelamaan, anda akan lihat gelas yang berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama kelamaan menjadi putih.
Apa yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke majlis ilmu dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak bernilai. Apa kena-mengena petua ini dengan memikat hati guru?
Guru sangat mudah mengesan jika anda datang kepada mereka dengan gelas yang penuh. Orang yang datang dengan gelas yang penuh boleh dikesan melalui percakapannya, soalannya dan juga cara mereka duduk dalam sesuatu majlis ilmu itu. Apabila seorang guru dapat mengesan orang-orang begini, selalunya guru akan cuba mengalihkan perhatian kepada anak murid yang lain. Ini adalah supaya guru dapat mengekalkan semangat mereka untuk mengajar dan emosi mereka tidak terganggu dengan pelajar gelas penuh ini. (Jika anda rasa kurang yakin bahawa seorang guru boleh mengesan pelajar gelas penuh ini, cuba tanya kepada mana-mana guru atau trainer yang anda kenal. ? )
Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong, guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang? Ada beberapa perkara:
Betulkan niat anda untuk betul-betul belajar. Anda perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan kepandaian mereka.
Elakkan daripada memalukan guru anda dengan menunjukkan kepandaian anda. Contohnya, ada kalanya guru membuat kesilapan seperti membuat kiraan yang salah di depan kelas. Jika anda mahu betulkan kesalahan itu, betulkan dengan cara yang sopan agar tidak menjatuhkan air muka guru tersebut.
Dengar nasihat dan cadangan guru anda tentang bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU SEKALIAN.

AWAS JANGAN BERCINTA DULU!!!
PELAJARAN PERLU DIUTAMAKAN

"isu "cinta monyet".
Kadang-kadang rasa nak tergelak melihat adik-adik kita ni ber"chating" @ berSMS. Hai…. kecil-kecil lagi dah nak bercinta… oppss tunggu dulu dik….kalau nak bercinta……. cintailah yang maha esa…..macam lagu Amy Mastura tu....

"Jika ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana
Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa

Cinta kepada tuhan pasti kita selamat.......adik-adik perlulah utamakan pelajaran terlebih dahulu. Orang yang punya pelajaran adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah swt, bukan setakat itu, semua manusia juga akan menyanjungi orang yang mempunyai ilmu.

Emm... adik-adik tentunya mempunyai cita-cita. Ada yang ingin jadi doktor, pensyarah, juruterbang, angkasawan dan lain-lain lagi....... Percayalah adik-adik..... setiap sesuatu yang kita impikan tidak mungkin akan tercapai seandainya kita mengabaikan pelajaran.

Malah bukan setakat itu sahaja, untuk mencapai kejayaan adik-adik juga harus berkorban masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran. Manakala bagi adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan penting, masa untuk mengulangkaji pelajaran perlu ditambah lagi.....2 jam tak cukuplah sayang.......

Lupakan sementara segala aktiviti yang boleh mengganggu adik-adik untuk mencapai kecemerlangan.

Selamat Maju Jaya

PEDOMAN BUAT IBUBAPA BILA ANAK DAH MULA BERCINTA

SILA PERHATIKAN GERAK GERI ANAK ANDA, BILA............

Antara ciri-ciri yang ibubapa patut ambil tau ialah:
1.Bila anak anda setiap hari ade je aktiviti ko-kurikulum padahal bila balik rumah baju bersih je..Bau busuk peluh pun takde.
2.Bila anak anda asyik tertinggal bas je..
3.Bila anak anda suka pergi sekolah awal-awal sebab kalau nak ponteng sekolah kena lari awal-awal..
4.Bila anak anda bawak baju lebih dalam beg walhal pergi sekolah cikgu suruh bawak buku..
5.Bila anak anda kuat study group kat luar rumah..Tak kisah lah dia kata kat rumah kawan ke..library ke..kat sekolah ke..
6.Bila anak anda perempuan anda suka pakai tracksuit bila jumpa boyfriend.
7.Bila anak perempuan anda mempunyai boyfriend yang bermotor dan berkereta.Senang cerita boyfriend dia dah besar dan jauh lagi tua dari dia.
8.Bila boyfriend anak anda rambut pacak highlight warna perak ada ekor kat belakang lepas tu muka pecah rumah.
9.Bila anak anda selalu overnight rumah ‘kawan baik’nya.
10.Bila anak anda kerap mandi air terjun walaupun secara ‘berkumpulan’.
11.Bila anak anda sayang sangat dengan boyfriendnya dan dah tak minat pada pelajaran.
12.Bila anak lelaki anda menyimpan video 3gp budak perempuan bogel atau aksi skodeng.
13.Bila anak lelaki anda kerap kena tangkap sebab ponteng.
15.Bila anak lelaki anda mula hisap rokok dan cakap macam orang yang terlebih matang.

muhasabah diri

KETENANGAN HATI…
, ,
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8Firman Allah lagi:“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaan.
Rasa bertuhan.
Memahami maksud takdir.
Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”Surah Al Baqarah : 216Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”(Surah al-Baqarah: 214)Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Wednesday, July 21, 2010

MOTIVASI PELAJAR

9 Ciri-ciri Pelajar Cemerlang ( Abjad ABCDEFGHI )
Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..
Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Sekian. Semoga ciri-ciri tersebut sudah atau akan tertanam dengan kukuhnya pada diri anda demi kejayaan anda di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

MUHASABAH DIRI

Tarikan Ke Neraka Dan Rintangan Ke Syurga

Hadith: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.” - (al-Bukhari)

MUHASABAH DIRI

PETUA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR

Hadith: Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” - (Bukhari)

MUHASABAH DIRI

JALINAN AL-QURAN DALAM JIWA ANAK-ANAK

Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang meosakkan. Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?
Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.
Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”
Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.”
Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya.

muhasabah diri

MENGINGATI KEMATIAN oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berkata kepada Jibril a.s. pada malam Isra’: Cukuplah mati itu musibah” maka Jibril a.s. berkata: “Apakah yang ada setelah mati lebih besar daripadanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Dan apa ia wahai Jibril?” Jawabnya: Dua malaikat berpakaian biru dan hitam, keduanya menggali kubur dengan taringnya.” Setiap dari keduanya memegang pemukul yang sekiranya dipukulkan pada gunung ganang nescaya ia tercabut dari tempatnya. Matanya bagaikan kilat menyambar, suaranya bagaikan petir bergemuruh, keduanya menguji setiap mukmin dan kafir. Lalu didatanginya pada kubur tersebut maka ditakutkannya, didudukkannya dan dipaparkan amalan kepadanya. . Juga diperlihatkan tempat duduknya dari syurga atas neraka. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Adapun orang kafir maka keduanya menakutkan dan melakukan yang demikian dengannya, maka bagaimana orang mukmin?” Jibril a.s. berkata: “Demikianlah yang diperintahkan Tuhan kamu wahaiMuhammad. Maka adapun orang kafir maka ia tidak mendapati kerehatan dari azb Allah ketika ia memasuki kuburnya. Adapun orang mukmin maka ketakutan itu menjadi kaffarah baginya dari dosa-dosa yang telah dilakukannya di dunia apabila keluar dari kuburnya. Maka ia telah di ampuni kemudian setelahnya ia tidak lagi melihat ketakutan selama-lamanya.

MUHASABAH DIRI

Ustaz Zahazan Mohamed, Hakikat Kematian
Sebuah hadis menceritakan bahawa maut tetap menyakitkan dan pedihnya masih terasa hingga bertahun-tahun kemudian. Imam Ahmad meriwayatkan dalam bahagian “al-Zuhd”, daripada Jabir bin Abdillah bahawa Rasulullah s.a.w. bercerita tentang sekelompok orang dari Bani Israil yang mendatangi sebuah perkuburan. Mereka berkata, “Mari kita solat dua rakaat lalu berdoa agar Allah mengeluarkan seseorang yang telah mati untuk kita tanyakan kepadanya tentang kematian.” Mereka lalu melakukan usulan tersebut. Tiba-tiba, seorang lelaki mengeluarkan kepalanya dari kubur. Di dahinya terlihat tanda sujud. Ia berkata, “Apa yang kalian inginkan dariku? Aku mati seratus tahun lalu, namun pedihnya masih aku rasakan hingga saat ini. Mintalah agar Allah mengembalikan aku ke tempatku semula.” Jika seperti itu keadaan orang yang mati dalam iman, kita tidak dapat membayangkan terseksanya orang yang mati sambil membawa amalan yang buruk apatah lagi kekafiran, na’uzu billah. Namun kita dapat memperkirakan bahawa hatinya pasti dipenuhi kengerian. Dengan sekuat tenaga ia memekik dan melawan agar tidak keluar dari jasad, namun Malaikat Maut jauh lebih kuat darinya.

MUHASABAH DIRI

Ustaz Zahazan Mohamed, Hakikat Kematian
Imam Abu Hamid Al-Ghazali menjelaskan bahawa kematian sebenarnya hanyalah perubahan kondisi yang dialami roh dari memiliki kuasa penuh atas jasad kepada kehilangan kuasa itu. Roh yang sebelumnya dengan berleluasa menggunakan mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar dan semua anggota jasad yang lain sebagai alat bantunya, pada saat ini ia tidak mampu melakukannya lagi. Jika penyakit lumpuh adalah kehilangan kendali atas sesebuah anggota badan, maka maut adalah lumpuh yang menimpa seluruh anggota badan. Apabila hal itu terjadi, ia bagaikan orang yang baru bangun dari tidur panjang dan tersingkap di depan matanya hakikat-hakikat yang selama ini ia lalaikan. Hakikat yang pertama kali dia dapat melihat semua amalan yang dilakukan selama hidup berserta balasan yang dijanjikan. Jika amalan yang dilakukan selama ini baik, maka ketenangan dan kegembiraan segera memenuhi hatinya. Malaikat Maut datang kepadanya dengan penampilan yang menyejukkan sambil membawa jemputan Ilahi, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Al-Fajr: 27-30). Rohnya segera keluar dari jasad dengan mudah tanpa sebarang seksaan. Malah bagi orang tertentu, maut adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang merasa terpenjara di dunia yang sempit ini sejak lama dan menunggu hari pembebasan dengan tidak sabar. Bagi mereka, maut adalah gerbang kebebasan yang akan membawa ke alam yang penuh keindahan dan menjumpai kekasih yang dicintai. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash berkata, “Perumpamaan seorang mukmin yang melepaskan rohnya ibarat seseorang yang tertawan di dalam penjara lalu dibebaskan daripadanya.” Abu Darda ra berkata, “Aku mencintai kematian kerana rinduku kepada Tuhan.” Rabi’ bin Khaitsam berkata, “Tidak ada sesuatu yang ditunggu-tunggu mukmin yang lebih baik daripada kematian.” Imam Al-Ghazali berkata, “Kelazatan terbesar ditemui para syuhada yang terbunuh di jalan Allah. Sebab mereka tidak maju ke medan perang melainkan setelah memutuskan segala hubungan dengan dunia dan sangat merindui berjumpa dengan Allah s.w.t.”

Tuesday, July 20, 2010

PROGRAM PPDa - CERITA TELADAN


HATI-HATI MEMILIH KAWAN

Hadi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nirwana. Dia seorang murid yang pendiam
tetapi pintar dalam pelajaran di sekolahnya. Hadi ialah anak tunggal dalam sebuah keluarga
yang sederhana. Dia sering ditinggalkan bersendirian kerana ibu bapanya sibuk dengan urusan
di luar. Dunianya cuma di rumah, bertemankan buku-buku dan bermain komputer. Sesekali, dia
bermain basikal di kawasan rumahnya. Hadi senang dengan kehidupan sedemikian.
Pada suatu malam, ibu bapa Hadi tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri.
Kawan sekolah Hadi bernama Karim datang mengajaknya keluar berjalan-jalan tetapi Hadi
menolak pelawaan tersebut. Karim terus memujuk Hadi.
Setelah dipujuk berkali-kali, akhirnya Hadi bersetuju untuk keluar mengikut Karim
berjalan-jalan. Setiba sahaja mereka di persimpangan jalan, Karim mengajak Hadi untuk
melepak bersama kawan-kawannya yang telah sedia menunggu di sebuah pondok di situ.
Sebenarnya, Karim dan kawan-kawannya mempunyai niat jahat terhadap Hadi. Minuman yang
disediakan untuk Hadi telah dicampurkan dengan sejenis dadah berbahaya yang dicuri daripada
abang Karim yang sememangnya seorang penagih dadah. Tanpa mengetahui niat sebenar
Karim, Hadi terus meneguk minuman tersebut.
Tidak lama selepas itu, Hadi mula berkhayal dan meracau-racau. Dengan tidak disangkasangka,
sebuah kereta peronda melalui simpang tersebut. Karim dan rakan-rakannya lari
bertempiaran menyelamatkan diri, meninggalkan Hadi sendirian. Kereta peronda polis berhenti
di tepi pondok tersebut apabila melihat keadaan Hadi yang mencurigakan. Hadi yang sedang
khayal ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Ibu bapa Hadi dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan. Pihak polis mendapati
bahawa Hadi telah dianiayai oleh rakan-rakannya. Hadi dibebaskan dengan syarat dia diletakkan
di bawah pengawasan ibu bapanya.
Pada keesokan hari, Karim, rakan-rakannya dan ibu bapa mereka telah dipanggil ke balai
polis untuk memberi keterangan. Mereka didapati bersalah. Abang Karim pula telah diberkas
oleh pihak polis dan dihantar ke pusat pemulihan. Ibu bapa mereka berasa amat malu dan
berjanji akan memastikan anak mereka berkelakuan baik.
Hadi berasa amat kesal kerana terpengaruh dengan ajakan Karim. Namun, ibu bapa Hadi
tetap memberikan sokongan kepadanya dan mereka berjanji tidak akan meninggalkannya
bersendirian di rumah. Hadi amat bersyukur kerana dia terselamat daripada terjebak dengan
najis dadah.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati memilih kawan dan setiap perbuatan pasti akan
menerima balasan yang setimpal.

PROGRAM PPDa SKAR


PANTUN PPDa

MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Pergi ke kebun menanam papaya,
Papaya dijual di tengah kota;
Dadah dan Aids sangat berbahaya,
Perosak bangsa negara kita.

Jebat derhaka berpaling tadah,
Menuduh Tuah melanggar sumpah;
Kalau sudah ketagihan dadah,
Bangsa musnah agama pun punah.

Samfu, kebaya dan juga sari,
Yang mana satu pilihan hati;
Usah menyeksa diri sendiri,
Dadah bukan teman sejati.

Tempat riadah Saujana Asahan,
Pergi bersama rakan dan jiran;
Mengambil dadah satu kesalahan,
Merosak badan melemahkan iman.

Dari Astana Raja ke Sawah Raja,
Hendak menjerat di Parit Melana;
Jauhi dadah pemusnah bangsa,
Hidupkan berkat lebih bermakna.

PROGRAM PPDa SKAR

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

􀂃 Semua sekolah rendah dan menengah hendaklan melaksanakan program PPDa.
􀂃 Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid , guru, kakitangan sekolah , dan ibu
bapa.
􀂃 Pengetahuan, kemahiran , nilai pengalaman, sikap dan kelakuanyang disampaikan kepada murid
hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
􀂃 Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
􀂃 Pendidikan Pencegahan dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
ô€‚ƒ Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah
2012’.

MOTIVASI DIRI - IKRAR MURID TAHUN 6

IKRAR MURID UPSR TAHUN 2010

BAHAWASANYA KAMI,
MURID TAHUN 6 SK ASTANA RAJA,
BERIKRAR DAN BERJANJI,
AKAN:
PATUH KEPADA TUHAN,
TAAT KEPADA IBUBAPA,
HORMAT KEPADA GURU-GURU.

KAMI JUGA BERJANJI,
MEMATUHI DISIPLIN SEKOLAH,
BAIK TINGKAHLAKU,
DAN BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENCAPAI 5A,
MENJULANG NAMA BAIK SEKOLAH,
SERTA MENCATAT SEJARAH “SEKOLAH TERUNGGUL DI DAERAH REMBAU
DALAM UPSR 2010“

Refleksi Menjelang UPSR

3 Bulan Sebelum UPSR 2010
1. Menjaga pemakanan: Mengambil makanan yang boleh membantu menambahkan oksigen ke otak. Makanan yang berkhasiat seperti kismis perlu di amalkan. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

2. Menjaga kesihatan fizikal: Menghindari daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan. Menjalankan aktiviti tanpa mengira cuaca dan tenaga yang digunakan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motosikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan cuaca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Meningkatkan amalan kerohanian. Menjaga Hubungan: Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang dilakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan. Merendah diri. Melaksanakan solat hajat agar situasi psikologi seseorang lebih tenang dan yakin.

4. Meningkatkan hubungan dengan guru dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Meminta nasihat mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

5. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri. Jika aspek ini diabaikan kemungkinan akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan Peperiksaan

Saya akan memulakan perubahan pada diri saya mulai esok…………

MUHASABAH DIRI

Satu Amalan Nilainya Syurga

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2

PELAJAR TAHUN 1 SKAR 2010


PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

DIJALANKAN PADA 3 MINGGU PERTAMA BULAN JANUARI.

KEMPEN MAKAN DENGAN BERSOPAN



Murid-murid telah dididik supaya makan dengan tertib oleh Guru RMT.

Monday, July 19, 2010

NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

i- Syukur
· sebab manusia perlu bersyukur :
§ sebagai tanda terima kasih kpd allah
§ kerana manusia telah dijadikan sesempurna kejadian
· kesan jika tidak bersyukur :
§ melakukan kejahatan
§ tidak mendapat rahmat
· cara-cara bersyukur :
§ sentiasa muhasabah diri
§ ingat bahawa semuanya adalah dari Allah
· nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang perlu disyukuri oleh manusia :
§ iman / islam
§ pancaindra
§ akal dll

ii- Tidak syirik kepada Allah
· maksud syirik :
· jenis-jenis syirik :
· contoh perbuatan syirik :
· mengapa ia dilarang :
§ berdosa besar
§ tidak mengakui kebesaran Allah
· kesan perbuatan syirik :
§ rosak akidah dan iman terbatal
§ dibayangi rasa bersalah
§ hidup tidak mendapat berkat

iii- Berbuat baik kepada ibu bapa
· Mengapa anak perlu melayan ibu bapa dengan baik ? (menjelaskan jawapan berdasarkan pengorbanan ibu bapa )
· Had taat kepada ibu bapa ( hingga tidak menyuruh anak menyekutukan allah / ingkar perintah allah )
· Kewajipan anak kepada ibu bapa :
· Doa untuk ibu bapa :

iv- Mengingati balasan baik dan buruk
· Sebab perlu mengingati adanya balasan baik dan buruk :
§ manusia ada akal,usaha dan ikhtiar
§ manusia ada ilmu
§ manusia akan dibalas ( jelaskan konsep qadak dan qadar sejak azali )
§ supaya kita sentiasa melakukan amal kebaikan
§ sebagai peringatan
· kesan jika lupa kepada balasan Allah :
§ sentiasa sesat
§ maksiat berleluasa
§ angkuh dengan kelebihan diri sendiri ( lupa Allah )
· kesan sekiranya kita sentiasa mengingati balasan Allah
§ sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah
§ akan meninggalkan segala larangan Allah
§ kita akan sentiasa melakukan kebaikan dalam kehidupan
· cara untuk mengingati balasan Allah :
§ bertafakkur / muhasabah
§ duduk bersama yang mahir dalam bidang agama
§ dengar ceramah

v- Mengerjakan solat
· apa peranan solat bagi orang mukmin :
§ membentuk peribadi
§ dialog kepada Allah
§ setiap agama ada ibadat

vi- Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
· mengapa ia perlu dilaksanakan :
· kesan jika ia tidak dilaksanakan :
· cara melaksanakan :

vii- Sabar atas dugaan yang menimpa
· mengapa :
§ setiap kesusahan, ujian dll ada hikmah
§ makin mendekatkan diri kepada Allah
§ dipandang mulia
§ jiwanya tenang
· kesan jika tidak sabar :
§ kita akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan
§ umat Islam akan mundur kerana cepat berasa kecewa
§ individu muslim akan murtad kerana berasa payah dan susah mengamalkan ajaran Islam akibat dari kurangnya penghayatan sebenar terhadap Islam
· cara untuk bersabar / menanamkan rasa sabar :
§ sedar semuanya dari allah
§ rajin beribadat
§ kerap berzikir

viii- Berakhlak mulia & sopan terhadap orang ramai
· bagaimana sopan ketika di khalayak ramai sebagaimana yang diterangkan oleh Luqman :
§ menghadap muka orang yang bercakap dengan raut wajah yang gembira
§ merendahkan suara
§ berjalan dengan langkah sederhana
§ tidak sombong
· mengapa perlu sopan :
§ kita akan dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain
§ untuk mewujudkan keharmonian dalam pergaulan
§ persahabatan dan perhubungan sesama manusia menjadi semakin erat· kesan jika tidak sopan :

HEBATNYA WANITA.....

50 Keistimewaan seorang wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawabbaginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidakakan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelakiyang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnyaseumpama orang yang sentiasa! menangis kerana takutkan Allah s.w.t. danorang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atastubuhnya.6. Barang siapa yg membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidhnya merupakankifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, danapabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli HalinWa Astaghfirullah" Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan akumohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan diabebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yangaman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, sepertidarjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudaraperempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu diabersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik merekadengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatudaripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepadamereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-manapintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfarbaginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (sertamenjaga sembahyang dan puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakahyang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda,"Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w."Ibunya".16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasawajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepadasuaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkanbaginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80rakaat solat wanita yang tidak hamil.


20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahs.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanAllah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasadan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahir! kan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akandi kira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurgawajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala sepertimembebaskan 20 orang hamba.

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut; 1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal3. Berbahaya4. Melarat, Bertambah Payah Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan; 1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.3. Selamat dari bahaya.4. Tidak melarat, Menjadi Senang. Keberuntungan beramal dengan doa ini Terhindar Daripada Bahaya Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut; • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita. • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita. Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita. Terhindar Daripada Sihir Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau. Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman. Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita. Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah. Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

SEBAGAI RENUNGAN...

Renung-renungkan dan selamat beramal....
(KISAH DARIPADA SEORANG HAMBA ALLAH)

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup...'Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu...?'Saya menggelengkan kepala. 'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ... Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkankesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan... ......Alhamdulill ah...'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ........Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....' ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam......... ....** Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.''Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid..Kelima, orang yang suka minum arak.' Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada.....

HALA TUJU / KE MANA ARAHNYA KITA

Hala tuju suatu yang begitu penting bagi kehidupan seseorang manusia, tanpa mempunyai hala tuju kita tidak akan dapat mengukur apakah erti kejayaan atau matlamat yang ingin dicapai. Jika kita keluar rumah dan tidak tahu kemana kita akan pergi hanya menghidupkan kereta dan memandu keluar dari taman kawasan rumah kita mungkin kita akan menghadapi masalah kerana perbuatan kita seolah-olah tidak memberikan apa-apa erti bagi diri kita.

Oleh sebab itu hala tuju perlu jelas kepada diri kita, Apakah yang kita inginkan? Apakah kita inginkan kegembiraan dan apakah pengertian kegembiraan buat diri kita. Adakah kita gembira sekiranya dapat makanan yang sedap? Apakah kita gembira sekiranya dapat bermain bola atau melihat permainan bola dari pasukan yang terkenal? Adakah kita gembira sekiranya dapat memuaskan nafsu kita seperti melihat gambar-gambar lucah atau membaca cerita-cerita yang tidak senonoh? Atau adakah kita gembira apabila dapat membaca Al Quran dan memahami erti kandungan Al Quran tersebut? Apakah sebenarnya yang mengembirakan diri kita?

Persoalan ini berbalik kepada hala tuju yang telah kita tetapkan atau tujuan kehidupan yang kita ingini, namun didalam mencapai cita-cita ini ada saitan yang akan mengubahkan segala hala tuju yang kita inginkan kepada hala tuju yang sementara sehingga kita tidak tahu apakah yang perlu kita utamakan daripada perkara-perkara yang utama. Kejelasan dan kesungguhan untuk mendapatkan nilai seperti nilai yang ditetapkan oleh Allah swt perlu di berikan tumpuan seperti sinar matahari dipagi hari yang menyinari bumi tanpa henti-henti walaupun kadang kalanya ada mendung namun sinarnya tetap akan menerangi bumi ini. Kita perlu bersungguh-sungguh dan berusaha agar apa yang kita mahukan sentiasa mekar dan bermain didalam pemikiran yang sentiasa berharap kepada pertolongan Allah swt dan semuga saitan akan dikalahkan dan iman mendapat kemenangan.

Cabaran dan dugaan adalah lumrah kehidupan, ada yang sentiasa dibantu oleh Allah swt dan ada yang terpesung didalam melalui jalan kehidupan ini. Namun usaha untuk bangkit perlu ada agar iman akan sentiasa dibajai dengan ayat-ayat Al Quran dan menjadikan diri kita makhluk Allah yang berserah kepadaNya. Tiada cabaran dan dugaan seolah-olah tiada kejayaan kerana tidak mengenal erti kesukaran. Kesukaran akan menjadikan perbezaan erti kemanisan kejayaan, seorang yang kaya mendapat RM 1000 mungkin tidak begitu bermakna berbanding seorang miskin yang mendapat RM 1000. Kemanisan hanya akan lebih dirasai apabila kita memperolehi apa yang diingini setelah kesukaran untuk mendapatkanya dilalui dengan pengorbanan dan kesungguhan. Apakakh hala tuju dan pengorbanan yang sanggup kita lakukan bagi mendapatkanya, Marilah kita fikir-fikirkan. Allah hu Alam