PROGRAM RELEASE TENTION

Monday, August 30, 2010

UNTUK PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6

SELAMAT MENGHADAPI UPSR!

SEMOGA KALIAN SENTIASA SIHAT SEJAHTERA,
AGAR DAPAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG DAN SENANG.
GIGIHLAH BERUSAHA.
JAGA IBADAH, KHUSUSNYA SOLAT DAN PUASA.
HORMATI SEMUA ORANG, KHUSUSNYA IBU BAPA & GURU.
BAHAGIKAN MASA YANG TERANCANG DALAM MENGULANGKAJI PELAJARAN.
PASTIKAN REHAT YANG MENCUKUPI, AGAR MENTAL DAN FIZIKAL BENAR-BENAR RELAKS DAN BERSEDIA UNTUK MENJALANI UPSR.
DIDOAKAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA SEMUA..
Amiin..

KEPADA WARGA SKAR.......
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Monday, August 16, 2010

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR BUAT PEJUANG-PEJUANG SKAR

1. Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2. Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3. Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4. Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembabkan minda.

6. Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat.

8. Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11. Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19. Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

21. Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.

22. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23. Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25. Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26. Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27. Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28. Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

buat anak-anak muridku di tahun 6

SATU CABARAN UNTUK ANDA!!!

FIKIRKAN BOLEH

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh
Kau Hampir Boleh Melakukan
Jika Kau Fikirkan Ragu-Ragu
Usahamu Tidak Menentu

Jika Kau Fikirkan Kekalahan
Kau Hampiri Kegagalan
Jika Kau Fikirkan Kemenangan
Kau Hampiri Kejayaan

Engkaulah Apa Kau Fikirkan
Terkandung Dalam Pemikiran
Berfikir Boleh Melakukan
Fikirkan Boleh

Percaya Apa Kau Lakukan
Tabah Apa Kau Usahakan
Bertindak Atas Kemampuan
Engkau Boleh

TAZKIRAH RAMADHAN 3

Lailatul Qadr


Allah Ta 'ala berfirman :"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. "(Al-Qadr: 1-5),

Dalam hadits shahih Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebutkan keutamaan melakukan qiyamul lail di malam tersebut. Beliau bersabda :"Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih)
Tentang waktunya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

TAZKIRAH RAMADHAN 2

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

TAZKIRAH RAMADHAN

Antara hikmah dan faedah puasa yang mungkin dapat dirumuskan ialah puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum namun perasaan yang menyedari dirinya berpuasa menghalang keinginan tersebut kerana dia melaksanakan perintah Allah. Dalam menghadapi pertentangan ini, hatinya sedar akan pemerhatian Allah terhadapnya, lantas mengingati ketuhanan Allah dan keagungan kekuasaan-Nya di samping sentiasa menyedari bahawa dirinya hamba yang tunduk patuh kepada hukum Allah dan menurut segala kehendak-Nya.

PROGRAM RELEASE TENTION PELAJAR TAHUN 6


PROGRAM RELEASE TENTION PELAJAR TAHUN 6 SK ASTANA RAJA
ANJURAN UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN JK KECEMERLANGAN UPSR SK ASTANA RAJA


Konsep pengkayaan kreativiti Program Release Tention UPSR ini ialah menyediakan aktiviti pengkayaan untuk pelajar-pelajar Tahun 6 bagi mengurangkan tekanan yang mereka hadapi dalam menghadapi UPSR. Beberapa stesen dibentuk dan pada setiap stesen dinyatakan aktivitinya, antaranya ialah penyelesaian masalah matematik, permainan sukaneka dan menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pelajar akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen dan menjalankan tugasan yang perlu mereka lakukan. Pelajar perlu memikirkan cara penyelesaian masalah itu dengan lebih cepat dan tepat.

Program ini membuka peluang kepada murid dengan aktiviti-aktiviti yang mencungkil kreativiti dan belajar dengan menggunakan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran diadakan dalam bentuk stesen, murid mempelajari sesuatu kemahiran melalui proses pembelajaran kendiri di dalam kumpulan. Dengan itu murid belajar atas inisiatif sendiri dalam merancang dan melaksanakan proses pembelajaran ini. Mereka akan berusaha mencapai matlamat pembelajaran mereka dengan menggunakan peluang-peluang yang terdapat di dalam dan di luar bilik darjah, guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor. Dengan kata lain murid diberi autonomi dalam menjalankan aktiviti.

INOPSIS PROGRAM

v Program ini dikenali sebagai Program ‘JEJAK 5 A ’ yang dijalankan selama sehari (dari pagi hingga tengah hari).
v Program ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Program Motivasi dan Permainan Kreatif.
v Pembahagian ahli kumpulan - campuran pelbagai pencapaian dan jantina.
v Semua aktiviti akan dinilai dan berbentuk pertandingan.
v Pembelajaran merentas kurikulum & pelbagai kemahiran.
v Aktiviti dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah (di padang).
OBJEKTIF PROGRAM

v Membantu individu berbakat memperkembangkan potensi tertingginya.
v Menyediakan masyarakat dengan profesional berpendidikan yang boleh menjadi pemimpin dan menyelesaikan masalah secara kreatif.
v Membangunkan kesedaran diri dan kefahaman tentang kebolehan, minat, keperluan; menghargai perbezaan individu, hubungan dengan pelajar yang lain.
v Meningkatkan motivasi terhadap pemikiran & kerja termasuk pemikiran independent & self-directed & peningkatan motivasi berterusan dalam pencapaian (aspirasi pendidikan & kerjaya tinggi).
v Kesemua aktiviti pengayaan (enrichment) & jalan pintas (acceleration) haruslah dirancang dengan mengambil kira objektif-objektif seperti di atas.

ANJURAN
Unit Bimbingan Kaunseling dan JK Kecemerlangan UPSR SK Astana Raja


TEMPAT
Replika Istana Raja Melewar, Astana Raja dan Perpustakaan Desa Astana Raja.


TARIKH
6 Ogos 2010 ( Jumaat)

PROGRAM UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING


KURSUS MOTIVASI PELAJAR-PELAJAR TAHAP 2 SK ASTANA RAJA
ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN PANITIA AGAMA ISLAM SK ASTANA RAJA SERTA JK SURAU AIR MELINTANG


Tarikh : 31 Julai 2010

Hari : Sabtu

Lokasi : SK Astana Raja

Kumpulan Sasaran : Semua murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 )

Fasilitator
1. En. Mohd. Tawil bin Husin – BTN Hutan Percha, Melaka
2. En. Ramli b Ghani – UiTM Lendu, Melaka
3. Tn. Hj Ishak b Zakaria – Guru Takmir Kota
4. Pn. Asma bt Harun – Pendakwah Bebas

Objektif Program
1. Meningkatkan tahap disiplin diri / jati diri para peserta.
2. Meningkatkan tahap penumpuan peserta-peserta terhadap pelajaran.
3. Meningkatkan tahap muhasabah diri peserta-peserta.
4. Meningkatkan kefahaman peserta-peserta terhadap agama.